TN Ehsan

TN Ehsan

PENGENALAN PELAN

-   Merupakan pelan Takaful Keluarga yang menawarkan perlindungan sahaja. Pelan Ini
    ditawarkan untuk individu yang berumur antara 18 Tahun hingga 55 Tahun sahaja   
    (pada tarikh akan datang)

-   Sumbangan untuk pelan ini ditabarru'atkan keseluruhannya ke dalam Akaun Khas
    Peserta

-   Peserta yang menyertai pelan ini akan mendapat manfaat bila berlaku kematian atau   
    keilatan kekal dan menyeluruh disepanjang tempoh penyertaan sehingga tamat
    tempoh sijil


MANFAAT ASAS

1.   Bila Tamat Tempoh Kontrak
    
      -   Semasa tamat tempoh kontrak yang disertai peserta akan menerima dari
          Akaun Khas Peserta

2.   Keilatan Kekal Menyeluruh (sehingga umur 65 Tahun)

      i)   Keilatan disebabkan oleh kecederaan tubuh yang menghalang orang yang           
           dilindungi daripada melakukan sebarang urusniaga atau pekerjaan atau
           menjalankan sebarang kerja untuk mendapatkan upah, pampasan atau
           untung dengan syarat keilatan tersebut mestilah berterusan tanpa sebarang
           gangguan untuk tempoh tidak kurang dari enam bulan

     ii)   Hilang keseluruhan penglihatan pada kedua belah mata atau hilang/putus
           kedua belah tangan pada/atas pergelangan tangan atau hilang/putus kedua
           belah kaki pada/atas buku lali atau hilang/putus satu tangan pada/atas
           pergelangan tangan dan hilang/putus satu kaki pada/atas buku lali atau
           kehilangan penglihatan untuk sebelah mata yang tidak dapat dipulihkan
           dan hilang /putus keseluruhan lengan/kaki pada/atas pergelangan tangan
           atau buku lali.

3.   Kematian 
   
      -   Termasuk kematian disebabkan penyakit atau kemalangan


CIRI-CIRI PELAN


*   Perlindungan untuk kematian dan keilatan kekal dan menyeluruh sahaja
*   Kadar sumbangan lebih rendah berbanding pelan-pelan lain
*   Untuk dewasa sahaja
 Perlindungan Keilatan Kekal Menyeluruh sehingga umur 65 Tahun
*   100% sumbangan Tabarru'atkan
  Tiada nilai tunai


PERATURAN PENGUNDERAITAN


Had Umur Penyertaan         -    Minimum    18 Tahun (tarikh lahir akan datang)              
                                              Maksimum   55 Tahun (tarikh lahir akan datang)

Tempoh Sijil                        -    Minimum     5 Tahun                        
                                               Maksimum  30 Tahun

Umur Matang Maksimum    -    65 Tahun

Amaun Sumbangan             -    Minimum RM360.00 Setahun

Perlindungan Minimum        -    RM 10,000.00

Perlindungan Maksimum     -    Tertakluk kepada pengunderaitan

Aliran Sumbangan              -    Tahun   Akaun Peserta   Akaun Khas Peserta                   
                                                1>              0%                     100%

Lat Sumbangan                  -     Tahunan, Setengah Tahun, Suku Tahunan dan Bulanan


PEMBAYARAN MANFAAT

1.   Manfaat Kematian

      i)  Manfaat Kematian Biasa         
          Jumlah Amaun Perlindungan sahaja

     ii)  Manfaat Kematian Akibat Kemalangan
          Sama seperti kematian biasa


2.   Manfaat Keilatan Kekal Menyeluruh

      i)   Manfaat Keilatan Kekal Menyeluruh ( sebelum umur 65 Tahun )
           Jumlah Amaun Perlindungan di bayar   :   Tahun Pertama    10%
                                                                        Tahun Kedua       10%
                                                                        Tahun Ketiga       10%
                                                                        Tahun Keempat   10%
                                                                        Tahun Kelima      60% 
         
          Bayaran sumbangan dikecualikan sehingga manfaat keilatan dilunaskan
          keseluruhannya
  
    ii)   Manfaat Keilatan Kekal Menyeluruh akibat Kemalangan (sebelum umur
          65 Tahun)

         Sama seperti Keilatan Kekal Menyeluruh akibat sebab biasa

    iii)   Manfaat Keilatan Kekal Menyeluruh akibat penyakit atau kemalangan
          (selepas umur 65 Tahun)
          Tiada Manfaat dibayar

3.   Bila Tamat Tempoh Kontrak
      Jumlah Lebihan Akaun Khas Peserta



RIDER TAMBAHAN

1.   Manfaat Kematian & Keilatan Kekal Akibat Kemalangan
      -   Ditawarkan kepada peserta dewasa (18-65 Tahun) dan juvana
          (6 Bulan-17 Tahun)

2.   Manfaat Indemniti Kemalangan
      -   Ditawarkan kepada peserta dewasa (18-55 Tahun) sahaja

3.   Manfaat Hospital
      -   Ditawarkan kepada peserta dewasa (18-55 Tahun) dan Juvana
          (6 Bulan-17 Tahun)

4.   Penyakit Kritikal
      -   Ditawarkan kepada peserta dewasa (18-55 Tahun) sahaja