TN Prima

TN PRIMA

PENGENALAN PELAN

*   Merupakan pelan Takaful Keluarga yang menawarkan perlindungan
     serta sismpanan yang dapat memenuhi keperluan semasa Perseta.
     Pelan ini ditawarkan kepada individu yang berumur antara 6 Bulan
     hingga 54 Tahun

*   Pelan ini memberi jaminan Manfaat Perolehan Setiap 3 Tahun
     (anggaran 10% dari amaun perlindungan atas andaian pulangan
     pelaburan sebanyak 4% ke atas Akaun Khas Peserta

*   Kadar pulangan yang lebih tinggi atau rendah akan mengubah jumlah
     pembayaran ini

*   Peserta yang menyertai pelan ini mendapat manfaat perlindungan
     bila berlaku kematian atau keilatan kekal dan menyeluruh di
     sepanjang tempoh penyertaan sehingga tamat tempoh sijil
     walaupun Manfaat Perolehan sudah dibayar


MANFAAT ASAS

1.   Perolehan Setiap 3 Tahun (Survival)

      Jaminan manfaat berjadual setiap 3 tahun,sehingga tamat tempoh
      pelan , 10% dari nilai amaun perlindungan dibayat atas andaian
      pulangan pelaburan sebanyak 4% ke atas Akaun Peserta

2.   Kematangan

      Semasa tamat konyrak yang disertai

3.   Keilatan Kekal Menyeluruh (sehingga umur 65 Tahun)

      i)  Keilatan disebabkan oleh kecederaan tubuh yang menghalang orang yang
          dilindungi daripada melakukan sebarang urusniaga atau pekerjaan atau
          menjalankan sebarang kerja untuk mendapatkan upah, pampasan atau
          untung dengan syarat keilatan tersebut mestilah berterusan tanpa sebarang
          gangguan untuk tempoh tidak kurang dari enam bulan

     ii)  Hilang keseluruhan penglihatan pada kedua belah mata atau hilang/putus
          kedua belah tangan pada/atas pergelangan tangan atau hilang/putus kedua
          belah kaki pada/atas buku lali atau hilang/putus satu tangan pada/atas
          pergelangan tangan dan hilang/putus satu kaki pada/atas buku lali atau
          kehilangan penglihatan untuk sebelah mata yang tidak dapat dipulihkan
          dan hilang/putus keseluruhan lengan/kaki pada/atas pergelangan tangan
          atau buku lali

          Untuk Pelan Juvana, hanya ( ii ) sahaja terpakai

4.   Kematian

      Termasuk kematian atas sebab penyakit atau kemalangan


CIRI - CIRI PELAN

*   Jaminan pulangan berjadual dibayar setiap tiga (3) tahun.

*   Perlindungan Kematian atau Keilatan Kekal Menyeluruh sepenuhnya
      walaupun Manfaat Perolehan sudah dibayar

*   Terdapat nilai tunai

*   Tiada Lien untuk Pelan Juvana

*   Manfaat Kematian atau Keilatan Kekal Menyeluruh dilanjutkan
      kepada pelan juvana

*   Perutukan Bukan Lucuthak melalui Sumbangan Automatik.
      ( Non-Forfeiture Option in Automatic Contribution )


PERATURAN PENGUNDERAITAN

Had Umur Penyertaan   -   Minimun     6 Bulan (tarikh lahir akan datang)
                                       Maksimum   54 Tahun (tarikh lahir akan datang)

Tempoh Sijil                  -   18,21,24,27 dan 30 Tahun

Umur Matang Maksimum   -   84 Tahun

Tempoh sumbangan       -   Selaras dengan tempoh sijil

Amaun Sumbangan        -   Minimum     -     RM 100.00 sebulan
                                        Maksimum   -    Tiada had

Perlindungan Minimum   -   RM 10,000.00

Perlindungan Maksimum   -   Dewasa - Tertakluk kepada pengunderaitan
                                            Juvana  -  RM 200,000.00 - Jumlah keseluruhan
                                                                                    termasuk semua pelan
                                                                                    asas dan rider bertempoh
                                                                                    sahaja

Aliran Sumbangan   -   Tahun            Akaun Peserta          Akaun Khas Peserta

                                     1                         0%                            100%

                                     2>                     10%                             90%

Nilai Tunai Sijil   -   Jumlah Akaun Peserta Terkumpul

Lat Sumbangan   -   Tahunan, Setengah Tahun, Suku Tahunan dan Bulanan


PEMBAYARAN MANFAAT

1.   Manfaat Kematian

      i)   Manfaat kematian akibat penyakit

     ii)   Manfaat kematian akibat kemalangan


2.   Manfaat Perolehan

      Pembayaran berjadual, 10% dari Nalai Amaun Perlindungan dibayar setiap tiga
      tahun sehingga tamat tempoh pelan dan baki selebihnya dibayar apabila sijil
      matang

3.   Manfaat Keilatan Kekal Menyeluruh

      i)   Manfaat Keilatan Kekal menyeluruh akibat penyakit (sebelum umur 65 Tahun)

           Tahun Pertama   -   20% dari jumlah Amaun Perlindungantanpa menolak
                                        manfaat Survival yang sudah dibayar, Beserta jumlah
                                        Akaun Peserta Terkumpul dan Mudharabah dari Akaun
                                        Peserta

           Tahun Kedua   -   40% dari Jumlah amaun Perlindungan

           Tahun Ketiga   -   40% dari Jumlah amaun Perlindungan

           Bayaran sumbangan dikecualikan sementara manfaat keilatan dilunaskan
           keseluruhannya


     ii)   Manfaat Keilatan Kekal Menyeluruh akibat kemalangan (sebelum umur 65 Tahun)
           Sama seperti Keilatan Kekal Menyeluruh akibat penyakit

    iii)   Manfaat Keilatan Kekal Menyeluruh akibat penyakit (selepas umur 65 Tahun)
          Tiada manfaat dibayar

4.   Manfaat Kematangan

      Baki manfaat perolehan yang belum dibayar besertaJumlah Akaun Peserta terkumpul
      dan Mudharabah dari Akaun Peserta dan Lebihan dari Akaun Khas Peserta


RIDER TAMBAHAN

1.   Rider bertempoh
      Ditawarkan kepada peserta dewasa (18-60 Tahun) dan Juvana (6 Bulan-17 Tahun)

2.   Manfaat Kematian & Keilatan Akibat Kemalangan
      Ditawarkan kepada Peserta Dewasa (18-60 Tahun) dan Juvana (6 Bulan-17 Tahun)

3.   Manfaat Indemniti Kemalangan
      Ditawarkan kepada Peserta Dewasa (18-55 Tahun) sahaja

4.   Manfaat Hospital
      Ditawarkan kepada Peserta Dewasa (18-55 Tahun) dan Juvana (6 Bulan- 17 Tahun)

5.   Penyakit Kritikal
      Ditawarkan kepada Peserta Dewasa (18-55 Tahun) sahaja

6.   Manfaat Pembayar untuk Pelan Juvana
      Ditawarkan kepada Peserta Dewasa (18-55 Tahun) sahaja